This is the first and most important Pillar of Wealth. Without adequate protection, you will be vulnerable to the nasty effects of one or more chance misfortunes, which will cause you to suffer unnecessary and tremendous financial losses. Our planning helps to reduce the negative impact of unplanned misfortunes and ensure that your lifestyle remains unaffected as much as possible thereafter.view more >>

The second Pillar of Wealth analyses your general financial health, such as cash flow and debt position. A net positive cash flow with no overcommitted liabilities is considered healthy. We will advise you how to effectively manage your cash flow and suggest ways to reduce, or avoid, unnecessary borrowing.view more >>

The third Pillar of Wealth drives you towards meeting your long term financial objectives through accumulation. In Malaysia, the two most common needs are Retirement Funding and Children Education Funding. We will help you develop a realistic and achievable program to meet these needs.view more >>

The fourth Pillar of Wealth maximises the growth potential of your assets. We help you develop an investment program that is appropriate to your unique situation, yet will grow at a rate you desire. With the help of our proprietary tools, you stand a better chance of enhancing your investment return, thereby fulfilling your long term financial dreams.view more >>

This fifth and final Pillar of Wealth looks at preserving and distributing your estate. The only certainty in life is that it will not last forever. We will help you develop an effective and efficient estate plan so that your legacy will be well preserved and distributed according to your wishes.view more >>

  • Wealth Protection
  • Wealth Maintenance
  • Wealth Accumulation
  • Wealth Enhancement
  • Wealth Distribution

NOTIS DATA PERIBADI & PRIVASI

Privasi Data

FA Advisory Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Uniplan Advisory Sdn. Bhd.) (“Company”) adalah komited terhadap perlindungan maklumat peribadi yang telah diberikan oleh anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), undang-undang lain yang berkaitan dan polisi dalaman Syarikat dan/atau Kumpulannya sendiri yang ketat. Notis ini adalah bertujuan untuk menegaskan bagaimana Syarikat akan memenuhi semua hak dan perlindungan yang diberikan kepada anda dibawah PDPA. Notis ini dibekalkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan makna atau maksud antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi yang akan diguna pakai adalah Bahasa Inggeris. Syarikat boleh meminda notis ini pada bila-bila masa.

Pemprosesan Data Peribadi Anda

Apabila anda memohon, mengemaskini, mengubah atau memperbaharui suatu produk kewangan atau perkhidmatan melalui Syarikat, maklumat peribadi termasik maklumat polisi, maklumat akaun, maklumat kewangan dan Data Peribadi Sensitif yang berkaitan dengan anda (“Data Peribadi”) akan dikutip, disimpan dalam komputer, dan/atau dalam dokumen, digunakan, didedahkan atau sebaliknya diproses oleh Syarikat dan pekerja-pekerjanya, wakil-wakil, penanggung-penanggung insurans semula, pembekal perkhidmatan dan produk dan sekutu-sekutu Syarikat untuk memudahkan pelaksanaan dan pentadbiran fungsi Syarikat sebagai sebuah syarikat insurans.

Jenis dan Sumber Data Peribadi

Data Peribadi yang anda berikan dalam Borang Penemuan Kewangan Peribadi dan borang-borang lain mungkin termasuk akan tetapi tidak terhad kepada nama, salinan dan butir-butir dokumen identiti lain, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, dan maklumat berhubung lain, maklumat berkenaan umur, pekerjaan, bangsa, kewarganegaraan taraf perkahwinan, butir-butir pekerjaan, kelayakan kredit, kesihatan fizikal atau mental atau keadaan kesihatan (“Data Peribadi Sensitif”).

Syarikat mungkin memperoleh Data Peribadi anda daripada sumber lain, seperti biro atau agensi-agensi yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan oleh pihak berkuasa kawal selia, operator rekod atau pengkalan data yang tersedia kepada industri insurans, jabatan kerajaan, agensi atau pihak berkuasa, mana-mana pihak yang telah, sedang atau membekalkan produk atau khidmat kepada anda dan kepada siapa yang anda telah memberikan persetujuan, rakan-rakan komersial kami, pihak perantara perkhidmatan kewangan, pihak penanggung insurans semula, pengurus dan/atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga, doktor perawat anda, hospital, klinik, ahli professional perubatan yang lain, kemudahan atau farmasi perubatan yang lain, makmal, peguam anda, agen, bank, pemegang serah hak yang dicadangkan, pemunya polisi berkumpulan, pihak pengurusan pelan manfaat dan majikan anda, atau orang-orang atau organisasi yang berkaitan di mana maklumat sebegitu adalah penting untuk tujuan yang dinyatakan di sini.

Tujuan Mengumpul dan Menggunakan Data Peribadi Anda

Data Peribadi yang diberikan oleh bersama dengan maklumat lain yang Syarikat mungkin peroleh berkenaan anda, akan dikutip, digunakan dan sebaliknya diproses oleh Syarikat untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. untuk berkomunikasi dengan anda;
  2. untuk melaksanakan pengesahan terhadap pelanggan baru atau sedia ada;
  3. untuk lebih memahami keadaan insurans anda, memberi sebut harga, dan melaksanakan produk dan perkhidmatan kewangan;
  4. untuk mengesan dan mengelakkan aktiviti jenayah atau penipuan berkaitan dengan suatu transaksi kewangan;
  5. bagi siasatan, laporan, pencegahan atau selainnya berkenaan pelanggaran kerahsiaan maklumat sulit, penipuan, pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan kegiatan-kegiatan jenayah secara amnya;
  6. untuk pentadbiran akaun anda secara berterusan serta untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun anda, termasuk, pengumpulan jumlah terhutang, penguatkuasaan keselamatan, caj atau lain-lain hak dan kepentingan;
  7. untuk menguruskan dan menyelenggarakan hubungan Syarikat dengan anda dan menyediakan khidmat pelanggan yang lebih baik kepada anda melalui pemasaran (termasuk pemasaran langsung) dan promosi produk dan perkhidmatan lain Syarikat dan/atau Kumpulannya;
  8. untuk penyediaan terma sebarang perjanjian atau perkhidmatan lain-lain yang berkaitan dengan anda;
  9. untuk mengekalkan dan membangunkan system dan infrastruktur bisnes kami;
  10. untuk pemindahan data, dan berkongsi dengan, Syarikat dan Kumpulannya dan/atau pihak ketiga bertindak bagi pihak kami, termasuk yang lokasinya berada di luar Malaysia;
  11. memenuhi keperluan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang yang mengikat dan bagi maksud mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia atau lain-lain penguatkuasa atau perintah mahkamah yang mana Syarikat atau mana-mana syarikat induk, anak syarikat, sekutu, wakil-wakil yang dijangka akan mematuhi;
  12. merekod di dalam system untuk tujuan rekod dalaman dan laporan kepada mana-mana persatuan industri, badan pentadbiran atau intstitut berkaitan dengan kegiatan yang dijalankan oleh Syarikat;
  13. untuk sebarang tujuan lain yang berhubungan dengan pelaksanaan arahan dari anda atau yang berkaitan dengan urusan perniagaan Syarikat;
  14. demi menjalankan penyelidikan pasaran bagi pelan bisnes Syarikat atau meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan Syarikat;
  15. untuk memberi respons kepada sebarang pertanyaan anda;
  16. bagi tujuan menguatkuasakan hak-hak perundangan dan/atau mendapatkan nasihat undang-undang;
  17. bagi semua tujuan sampingan berkaitan penyediaan kemudahan-kemudahan termasuk penyediaan komputer, telekomunikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan berteknologi; dan/atau
  18. bagi segala maksud lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana yang tersebut di atas.

Pendedahan Data Peribadi Anda

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda seperti berikut:-

  1. dengan majikan dan wakil, agen dan sekutunya (dimana contohnya, anda diinsuranskan di bawah polisi insurans berkumpulan yang diperolehi melalui majikan anda)
  2. Untuk syarikat induk, syarikat bersekutu atau berkaitan atau pekerja masing-masing, penasihat-penasihat profesional, ejen atau wakil;
  3. Untuk pembekal produk/perkhidmatan pihak ketiga, pembekal dan vendor yang memberikan khidmat pentadbiran atau khidmat/produk lain kepada Syarikat dan/atau Kumpulan berkaitan dengan bisnes Syarikat dan/atau yang Syarikat mungkin memutuskan adalah perlu atau bersesuaian;
  4. Untuk mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, garis panduan dan / atau keperluan undang-undang yang lain;
  5. Untuk mengajukan, membela atau bertindak balas dengan sewajarnya kepada tuntutan sebenar atau berpotensi atau pertanyaan yang melibatkan badan-badan kawal selia dan bukan perundangan; dan
  6. Secara amnya melindungi hak dan harta Syarikat dan memastikan kecekapan teknikal dan fungsi sistem kami.

Pemindahan dan Perkongsian Data

Di mana Syarikat berpendapat adalah perlu atau sesuai untuk tujuan penyimpanan data atau pemprosesan atau pengurusan sumber manusia, Syarikat mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada ahli Kumpulan yang lain atau pemberi khidmat atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar negara Malaysia, di bawah syarat-syarat kesulitan dan tahap usaha penjagaan yang serupa.

Pilihan untuk Data Peribadi dan Akibat daripada kegagalan untuk membekalkan maklumat

Anda boleh memilih sama ada atau tidak untuk memberikan Data Peribadi anda kepada Syarikat. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi anda, Syarikat mungkin tidak dapat menyediakan kepada anda khidmat dan/atau produk yang diminta. Dengan itu, adalah menjadi obligasi anda untuk membekalkan kepada Syarikat Data Peribadi anda apabila anda memilih untuk membuat permohonan untuk perkhidmatan dan/atau produk kewangan dengan Syarikat.

Hak Anda kepada Akses dan Pembetulan

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan pembetulan Data Peribadi anda yang dipegang oleh Syarikat tertakluk kepada mana-mana had undang-undang terpakai, syarat-syarat kontrak, dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan tempoh masa yang munasabah. Anda juga berhak untuk membuat permintaan secara bertulis kepada Syarikat untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda termasuk untuk tujuan pemasaran langsung. Walau bagaimanapun, sebelum membenarkan akses atau membuat perubahan itu, kami mungkin meminta pengesahan identiti anda atau maklumat lain untuk membantu kami menangani permintaan anda dengan sewajarnya. Sebarang pertanyaan atau aduan atau permintaan bertulis untuk akses kepada Data Peribadi dan pembetulan dan/atau penghapusan Data Peribadi, atau untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda yang dikendalikan oleh Syarikat harus dituju kepada:

Customer Services
FA Advisory Sdn. Bhd.
Suite 29-6, Level 29,
Menara 1 Mont’ Kiara,
1 Jalan Kiara, Mont’ Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Tel No.: 03-6211 4011
Fax No.: 03-6211 4031
Email    : customerservices@faadvisory.my

Maklumat Berkaitan Orang Lain

Apabila anda memberi Syarikat maklumat berkaitan orang lain, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka untuk bersetuju dengan pemprosesan data peribadi mereka dan untuk menerima bagi pihak mereka apa-apa notis data peribadi & privasi.

 

Sila klik di sini untuk versi bahasa Inggeris.